Wednesday 11 August 2010

KENAPA NAK BUAT BISNES INTERNET? BISNES LAIN KAN BANYAK..,

Kenapa bisnes internet?

Rangkaian internet ni luas, meliputi seluruh dunia jadi, ambil lah kesempatan ni untuk berbisnes serta majukan bisnes korang.

Kelebihan buat bisnes di internet..,


  • modal permulaan rendah ~ ada tu tak guna duit, cuma guna masa jer

  • mudah dilaksanakan ~ hanya guna internet dan laptop/PC jer. Lakukan di rumah or kat mana2 yang korang suka. Tak perlu sewa premis/gaji pekerja

  • kadar pengendalian yang ringkas dan teratur

  • pasaran luas ke seluruh dunia

  • boleh dilakukan sesiapa jer ~ tak kira status, usia atau kelulusan

  • pelbagai lagi kelebihan yang korang akan dapat bila berbisnes di internet ni.


Berjaya dengan internet..,


Bagaimana?



  • cari produk yang laris ~ cari produk yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran

  • buat 'squeeze page' ~ web yang 'menarik' nama dan email peng'download'

  • bawa pelawat ke 'squeeze page' tu

  • promosi produk

  • buat follow-up


Bagaimana dapat duit dari bisnes internet?


Kalau nak tahu, banyak cara boleh dapat duit dari bisnes ni. Antaranya..,



  • pasarkan produk sendiri ~ bolehlah letak photoshot, video, pendapat/ulasan atau apa2 jer laa... tapi pastikan apa yang nak korang 'publish'kan tu unik, lain dari yang lain dan pelawat suka. Kalau korang jer suka tapi pelawat tak, tak guna juga..., siapa nak lawat? Macam mana korang nak dapat income!

  • program affiliate ~ bila sertai program ni, tugas korang promosi.., promosi.., dan promosikan produk. Bagi korang yang minat nak buat bisnes internet tapi tak ada produk, korang boleh try progrm ni. Ramai dah berjaya jana puluhan ribu ringgit dengan program ni, kenapa tak korang kan...

  • sewakan ruang iklan ~ bila link korang ramai pelawat, korang try pula line ni. Korang aplikasikan dengan beberapa jenis iklan. Korang daftar dengan Google Adsense, Nuffnang dll bagi memdapatkan iklan dari mereka. Biasanya income akan dikira mengikut sistem Pay Per Click (PPL), Pay Per Sale (PPS) dan beberapa jenis sistem lagi.

Macam mana? Korang dapat tak gambaran bagaimana korang boleh dapat income lumayan dari bisnes tanpa sempadan ni? Yang ni baru sikit. Ada pelbagai lagi cara korang boleh jana pendapatan dengan bisnes ni. 'Tepuk dada tanya selera' k...


No comments:

Post a Comment